Mencintai Tanpa Syarat

Benteng Allah

PECINTA DUNIA SUFI

BENTENG ALLAH

Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu dengan Nya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.

“Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.” (Abu Muhammad Imam Ja’afar Al-Sadiq)

“Dengki dan cinta kepada dunia mestilah disingkirkan dari hati orang yang betul-betul menuju Allah.”
(Habib Al-Ajmi)

"Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya.

Oleh kerana itu, sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada Allah SWT.” 
(Luqman Al-Hakim)

“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangan nya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan." 
(Sabda Nabi SAW, riwayat Muslim)

Berkata Anas ra bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa ada bersamanya ketika ia mengingatiKu.” 
(Riwayat Muslim dan Hakim) 

Berkata Abu Umamah ra bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: *"Jika hambaKu SUKA menemuiKu, Aku juga SUKA menemuinya.*
*Dan jika dia BENCI menemuiKu, Aku juga BENCI menemuinya."*
(Riwayat Malik, Bukhari dan Nasa’i)

Berkata Ali ra bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui KeEsaanKu (Tauhid), nescaya masuklah ia ke dalam bentengKu dan barangsiapa yang masuk bentengKu, nescaya terselamatlah dia dari siksaKu.”

Comments