Mencintai Tanpa Syarat

Martabat 7 Alam Kajian tauhid

 



*MARTABAT 7-ALAM*


*Kajian💚Tauhid💙Sufi*


*MATI SEBELUM MATI*


Melatih Diri untuk Mematikan Diri. Iaitu :

a) Latihlah dengan PERGERAKKAN ALLAH. 

Iaitu dengan memulangkan DZAT, SIFAT, ASMA dan AF'AL ALLAH SWT. 

Berserta Muraqabah dan Musyahadah.


b) Latihlah dengan ILMU ALLAH. 

Iaitu dengan KALIMAH TAUHID, KALIMAH RASUL dan SYUHUD. 

- Qudrat > Kuasa.

- Iradat > Berkehendak. 

- Ilmu > Ilmu. 

- Hayat > Hidup.

Sebagaimana jutaan Makhluk Allah SWT yang menerima Nafas Turun dan Nafas Naik dengan secara sistematik dan secara teratur tanpa adanya sedikitpun gangguan.


Dan tiadalah pula kehilangan satu Nafas pun yang terkendala didalam jutaan tahun sekalipun.


Kecuali, jikalau sudah sampai Ajal Mautnya seseorang itu dengan Takdir Nafas dan Usia Hayatnya.


NAFAS itu pada Hakikatnya adalah SUMBER KEHIDUPAN ! 

Tanpa Nafas, maka akan Hancurlah Kehidupan.


NAFAS itu pada Hakikatnya adalah AL-HAYAT yang datang daripada TUHAN. 


Dan Ia adalah RAHASIA ILLAHI...


Ketika kita Bernafas tepat pada Tarikan Oksigen, maka yang harus kita Tumpukan benar-benar itu adalah Lafaz "HU". 


Setelah sahaja Hembusan Nafas, maka kita Tumpukan pula benar-benar pada Lafaz "ALLAH". 


HU ALLAH... 

HU ALLAH... 

HU ALLAH..."


Begitulah dengan terus berulang-ulang kali Dilatihkannya pada setiap masa, sehinggalah ianya menjadi Darah Daging kita. 


Perlu diingatkan bahawa 

Pada Lafaz "HU" itu, 

Haruslah dengan benar-benar kita dapat Merasakan bahawa ianya Mengalir diseluruh Pembuluh Nadi dan Menyebar pula kesegenap penjuru Organ Tubuh kita. 


Sewaktu kita ingin melakukan DZIKIR NAFAS ini,

Maka kita Sewajibnya hendaklah memulangkan terlebih dahulu (Berserah Diri secara seluruhnya) akan Dzat, Sifat dan Af’al kita kepada DZAT, SIFAT dan AF’AL ALLAH SWT. 

Yang berertinya kita Memulangkan akan segala Wujud kita yang Zahir kepada Wujud kita yang Batin. 

Yaitu ROH... 


Dan Memulangkan pula Wujud Roh kepada Hakikatnya Wujud yang Qadim DZAT ALLAH SWT. 

LA MAUJUD ILLALLAH..."

Yang pada Hakikatnya itu adalah :

TIADA YANG ADA DIALAM SEMESTA RAYA INI PADA HAKIKATNYA MELAINKAN ALLAH SWT JUA ADANYA..."


Maka, Hakikat Nafi pada diri kita pula ialah :

- DIA WUJUD (Tiada yang Wujud). 

- DIA QADIR (Tiada yang Kuasa). 

- DIA HAYYUN (Tiada yang Hidup). 

- DIA MURIDUN (Tiada yang Berkehendak). 

- DIA ALIMUN (Tiada yang Mengetahui). 

- DIA SAMI'UN (Tiada yang Mendengar). 

- DIA BASIRUN (Tiada yang Melihat). 

- DIA MUTAKALLIMUN FIL HAQIQAH ILLALAH. 


Berkatalah Para Arifbillah :

MATIKANLAH DIRI KAMU SEBELUM KAMU DIMATIKAN..."

Maka, Hakikat Mati disini dapatlah disimpulkannya seperti berikut. Iaitu :

MATI HISI'. 

Yaitu, seolah-olah sudah Bercerainya Roh daripada Jasad.


Tiada Daya dan Upaya diri kita walau sebesar zarah sekalipun. 


Pada Hakikatnya, hanya Allah SWT sahajalah yang MAHA BERKUASA.


Kemudiannya, 

Dimusyahadahkan didalam Hati dengan MENYAKSIKAN akan Kebesaran Sifat Jalal dan Jamal-Nya serta KemahaSucian-Nya.


Apakah Hakikatnya ASHSHOLAATU MI'RAAJUL MU'MININ ?


MIRAJ... Yaitu, pada Hakikatnya adalah selepas sahaja SEMPURNA MEMATIKAN DIRI. 


Hendaklah kita melakukan MIRAJ terlebih dahulu !

Yang ertinya itu adalah :

Menaikkan Nafas kita melalui Alam “Qaba Qawsain Au Adana”. 


Yaitu diantara kening merasa penuh Limpahan Nikmat didalam Alam Qudus (Alam Kesucian). 


Dan didalam benak kepala kita pula, sampailahlah hilangnya akan segala-galanya ingatan yang Selain-Nya (Keakuan dan Keduniawian). 


Maka inilah pada Hakikatnya dinamakan sebagai MATI MA’NAWI".


Yaitu, hilangnya akan segala sesuatu didalam Hati kita. 


Melainkan hanyalah Menghadap WAJAH ALLAH SWT semata-mata. 


MATI DIDALAM HIDUP DAN HIDUP DIDALAM KEMATIAN.


Inilah pada Hakikatnya yang dikatakan :

MATILAH KAMU SEBELUM KAMU DIMATIKAN..."

Yaitu, dengan Matinya akan segala-galanya Usaha, Ikhtiar serta segala-galanya Daya dan Upaya diri kita.


LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL ADHIIMI."

Ertinya : Tiada Daya dan Upaya kecuali dengan Kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Dan kita hanya Mendirikan Solat dengan melihat pada Mata Hati akan segala-galanya adalah :

DARI ALLAH... 

DENGAN ALLAH... dan UNTUK ALLAH SWT semata-mata... 


- DARI ALLAH Menggerakkan RUHANIAH. 

- DARI RUHANIAH Menggerakan AL-HAYAT. 

- DARI AL-HAYAT Menggerakkan NAFAS. 

- DARI NAFAS Menggerakkan JASAD.


Dan pada Hakikatnya, itu semua hanyalah Allah SWT sahajalah yang MAHA BERKUASA Menggerakkan akan segala-galanya. 


Sebagaimana Firman-Nya :

Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad, ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontarnya”. 


Hanya pada Pandangan Dzahir sahaja itu adalah Perbuatan Hamba. 


Namun pada Hakikatnya, Pada Pandangan Mata Hati pula itu adalah PERBUATAN ALLAH SWT jua Adanya. 


MATI DIDALAM TIDUR. 

Ini adalah suatu RAHASIA MA'RIFAT didalam hidup yang hanya akan Diketahui dan Difahami oleh Para Waliyullah atau Para Arifbillah sahaja, dan bukanlah oleh Para Alimbil Kitaab. 


DZIKIR NAFAS pada Hakikatnya adalah UMMUL DZIKIR yang mampu memberikan segala Kekuatan Rohani dan juga Jasmani. 


DZIKIR NAFAS itu adalah sebagai NUR CAHAYA yang Memancar keseluruh Jiwa seseorang Insan yang Mengamalkan DZIKIR NAFAS.


Tersangat-sangatlah besar Faedahnya untuk memecahkan segala Kekentalan, Kekaratan atau Kekotoran Darah Hitam yang berada di Hati kita. 


Iaitu yang dianggapkan nya sebagai Istana Iblis yang Bertahta disetiap Hati-Hati seluruh manusia.


Selagimana Istana Iblis itu tidak terpecah dan dihancur musnahkannya 

Maka NUR QALBI yang sebagai PENYULUH LAMPU MA’RIFAT yang diharapkan itu tidaklah akan mungkin boleh diperolehi. 


Maka Sewajibnya, hendaklah kita Menghancurkan Istana Iblis itu terlebih dahulu, lalu Disucikanlah kembali Hati kita dengan sebersih-bersihnya.


HATI YANG SUCI SESUCINYA BAITULLAH..."

Yaitu, kembali semula seperti Bayi yang baru Dilahirkan, setelah itu barulah NUR QALBI itu akan kembali BERCAHAYA semula di Hati kita. 


Maka, itulah pada Hakikatnya yang dikatakan sebagai INSAN KAMIL MUKAMIL...

Comments