- Get link
- X
- Other Apps
*PECINTA DUNIA SUFI*
*MARTABAT 7-ALAM*
*Kajian💚Tauhid💙Sufi*
*AWAL AKHIR ZAHIR BATIN*
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin.
Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku.
Sifat Allah bukan lain daripada Allah…
Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad.
Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar – Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad.
Ana Ahmad bilal mim – Aku Ahmad tanpa mim
Allah itu zat
Muhammad itu sifat Allah
Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku…
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.
Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah.
Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Siddiq, Amanah, Tabliq dan fatanah)…
Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad – sifat Allah yang dizahirkan)…. Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam…..
Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu.
Nabi Muhammad saw “Aku adalah bapa segala Roh AKU (Muhammad) adalah asal kejadian segala Roh.
Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah.)
Untuk sampai kepada mencapai kepada Muhammadar Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas.
Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (Jasad dan Roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah
Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatanah) kepada hamba-hamba nya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah setiap detik dan saat.
Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa Mengenal Allah.
Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah – Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah….
Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad..
Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu….
Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma’ dan perbuatanNya.
Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah….
Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, terapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.
Muhammad Rasulullah adalah pembawa Agama tauhid.
Comments